Tuesday, February 10, 2009

TEPUNG CACING / WORM POWDER

PENGEDAR DAN PENJUAL TEPUNG CACING (WORM POWDER) DIKEHENDAKI SEGERA.

Pihak kami juga menjual dan mengedar tepung cacing (worm powder) yang dikeluarkan oleh syarikat Data Research Sdn. Bhd. Harag promosi sedang menunggu anda jika anda membelinya atau menandatangani kontrak pembekalan minimum selama 1 tahun dengan kami.

Tepung cacing tanah adalah sangat berpotensi dijadikan sebagai bahan campuran utama yang mengandungi bahan protin yang sangat tinggi di dalam bahan makanan binatang ternakan, udang dan ikan. Berkaitan dengan potensi tepung cacing tanah sebagai bahan makanan sumber protein tinggi, manfaatannya sangat banyak seperti:

* a. Untuk bahan campuran di dalam pembuatan kosmetik, kerana ia mempunyai kandungan essential amino acid.*

*b. Sebagai makanan suplemen/tambahan kesihatan.

* c. Bahan ubat-ubatan terutama yang berkaitan dengan antibiotik.

* d. Sebagai bahan campuran di dalam makanan ternakan.


Komposisi nutrian Tepung cacing Lumbricus rubelius adalah seperti berikut:


* Protein Kasar : 60 - 72%

* Lemak : 7 - 10%

* Abu : 8 - 10%

* Energi :900 - 4100 kalori/gram.


Dengan memperhatikan komposisi nutriannya, maka amat sesuai digunakan di dalam industri pemakanan ikan ,tepung cacing tanah ini berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan campuran di dalam pemprosesan palet makanan ikan.


Seperti yang diketahui bahawa pertumbuhan dan tumbesaran ikan ternakan adalah sangat ditentukan oleh kandungan protin di dalam bahan makanannya. Selain protin, terdapat komposisi asid amino essential yang lengkap sehingga mempengaruhi pertumbuhan tumbesaran dan menghasilkan ikan atau ternakan yang cukup sihat serta tahan terhadap serangan penyakit yang merbahaya.


Keterangan lanjut sila hubungi kami dengan segera.

DR-EFFECTIVE MICROORGANISM - DR-EM

JENAMA : DR-EM (YANG DIHASILKAN OLEH SYARIKAT DATA RESEARCH SDN BHD.)

DR-EM (Effective Microorganism) adalah kultur campuran dari mikroorganisme yang dapat meningkatkan tahap kesuburan pertumbuhan tanaman. Sebahagian besar mengandung mikroorganisme Lactobacillus sp. bakteria penghasil asid laktik, serta dalam jumlah sedikit bakteri fotosintetik Streptomyces sp. dan ragi. DR-EM mampu meningkatkan dekomposisi bahan buangan dan sampah organik sehingga sangat baik digunakan untuk mempercepat pengomposan sampah organik atau kotoran haiwan, meningkatkan ketersediaan nutrisi tanaman serta menghalang aktiviti dan pembiakan serangga hama dan mikroorganisme pathogen.

DR-EM diaplikasi sebagai inokulan untuk meningkatkan keragaman dan populasi mikroorganisme di dalam tanah dan tanaman, dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan, pertumbuhan, kuantiti dan kualiti produksi tanaman secara berterusan. DR-EM tidak mengandungi mikroorganisme yang secara genetik telah domodifikasi tetapi terhasil dari kultur campuran berbagai spesies yang terdapat dalam lingkungan persekitaran kita.

Teknologi DR-EM merupakan bioteknologi yang dikembangkan seiring dengan prinsip-prinsip pertanian yang berwawasan untuk mengurangi atau menghapuskan penggunaan baja kimia dan pestisida untuk meningkatkan produktiviti tanah, mengurangi kos produksi serta menghasilkan bahan yang tidak tercemar dengan bahan kimia.

TERDAPAT BEBERAPA JENIS PENGGUNAAN EM DI DALAM PERSEKITARAN KITA,


A-MENFAAT DR-EM DI DALAM INDUSTRI PERIKANAN

Penggunaan DR-EM di dalam industri perikanan yang sangat berguna untuk meningkatkan bakteria penguraian bahan organik, menekan pertumbuhan bakteria pathogen, menstimulasi enzim pencernaan dan meningkatkan kualiti air ternakan

KEBAIKANNYA:
Meningkatkan pertahanan tubuh ikan/udang
Meningkatkan pertumbuhan dan saiz ikan/udang
Meningkatkan imunostimulan / daya tahan ikan/udang
Meningkatkan daya tahan tubuh ikan/udang sehingga mengurangi pengunaan Antibiotik.
Efisiensi energi dan pengelolaan kualiti air
Mempertahankan kualiti di dalam takungan
Menjaga keseimbangan mikroorganisme
Fasa perkembangan dan ukuran ikan / udang lebih seragam


B-MANFAAT EM DI DALAM INDUSTRI PERTANIAN

Penggunaan DR-EM di dalam industri pertanian berfungsi dimana ia akan aktif berfermentasi dengan bahan organik (sisa-sisa tanaman, bahan buangan hijau, bahan buangan kandang, dll) yang terdapat di dalam tanah. Hasil fermentasi bahan organik tersebut adalah berupa pencampuran organik yang mudah diserap langsung oleh akar tanaman misalnya gula, alcohol, asid amino, protein, karbohidrat, vitamin dan pencampuran organik lainnya.
Pemberian bahan organik ke dalam tanah tanpa inokulasi DR-EM akan menyebabkan pembusukan bahan organik yang kekadang akan menghasilkan unsur anorganik sehingga akan menghasilkan panas dan gas beracun yang dapat mengganggu pertumbuhan tanaman.
Selain mendekomposisi bahan organik di dalam tanah, DR-EM juga merangsang perkembangan mikroorganisme lainnya yang menguntungkan untuk pertumbuhan tanaman, misalnya bakteria pengikat nitrogen, bakteria pelarut fosfat dan mikoriza. Mikoriza membantu tumbuhan menyerap fosfat di sekilingnya. Ion fosfat dalam tanah yang sulit bergerak menyebabkan tanah kekurangan fosfat. Dengan DR-EM mikoriza dapat meluas dari misellium dan memindahkan fosfat secara langsung dan mikroorganisme yang bersifat antagonis terhadap tanaman. DR-EM juga melindungi tanaman dari serangan penyakit kerana sifat antagonisnya terhadap pathogen yang dapat menghalang jumlah pathogen di dalam tanah atau pada tanaman itu sendiri.

KEBAIKANNYA:
Memperbaiki sifat fisikal, kimia dan biologi tanah.
Mempercepat proses fermentasi pada pembuatan Kompos
Meningkatkan ketersediaan nutrisi tanaman, serta menghalang aktiviti serangga hama dan mikroorganisme patogen.
Meningkatkan dan menjaga kestabilan produksi tanaman dan menjaga kestabilan produksi.


C-MANFAAT EM DI DALAM INDUSTRI PENTERNAKAN
Merupakan kultur EM dalam medium cair yang meningkatkan pertumbuhan dan produksi ternak dengan ciri-ciri berbau masam manis. DR-EM mampu memperbaiki sistem pencernaan didalam saluran pencernaan ternakan sehingga kesihatan ternakan akan meningkat, tidak mudah stress dan bau kotoran akan berkurang. Pemberian DR-EM pada makanan dan minum ternakan akan meningkatkan daya nafsu makan kerana aroma masam manis yang dihasilkan oleh DR-EM itu sendiri. DR-EM tidak mengandung bahan kimia meyebabkan ia selamat pada binatang ternakan.

KEBAIKANNYA:
Menyeimbangkan mikroorganisme yang menguntungkan dalam perut ternakan.
Memperbaiki dan Meningkatkan kesihatan ternakan.
Meningkatkan mutu daging ternak.
Mengurangi tahap kematian binatang ternak.
Memperbaiki kesuburan ternakan.
Mengurangi stress pada ternakan
Mencegah bau busuk pada kandang ternakan dan kotoran ternakan.
Mengurangi jumlah lalat dan serangga ternakan.



D-MANFAAT EM DI DALAM INDUSTRI PERPARITAN DAN SALIRAN

Merupakan kultur DR-EM dalam medium cecair dengan konsep bioremediasi bahan organik dengan memanfaatkan kerja dari berbagai mikroorganisme di sekeliling kita secara fermentasi sehingga potensi pencemaran dapat dihapuskan.

DR-EM ini mengandung berbagai mikroorganisme yang efektif yang masing-masing mikroorganisme ini mempunyai fungsi yang sangat spesifik dan bekerjasama secara sinergis dalam menguraikan kumbahan organik serta memerangkap gas yang menyebabkan bau busuk (H2S, NH3 dll) sebagai sumber energi untuk melakukan aktivitinya sehingga sangat sesuai untuk digunakan pada bilik air atau tandas/Septik Tank menghilangkan bau kurang sedap ataupun menghilangkan baketria pathogen (E.Colli,) yang terdapat dalam air tanah akibat resapan septic tank.

KEBAIKANNYA
Menghilangkan bau tidak sedap pada kamar mandi dan tandas.
Mengatasi saluran paip yang tersumbat.
Menjimatkan kos pengurusan septic tank dan tandas
Dapat digunakan untuk membuat kompos.
Mesra alam dan amat selesa terhadap pengguna



E-MANFAAT EM DI DALAM INDUSTRI PERKUMBAHAN

Merupakan kultur DR-EM dalam medium cair dengan konsep mutakhir dalam bidang mikrobiologi kumbahan untuk memfermentasi kumbahan organik cair dan padat secara efektif.

KEBAIKANNYA
Mempercepatkan proses penguraian perkumbahan organik cair maupun padat.
Menekan bau yang tidak sedap ( H2S dan NH3 )
Menurunkan kadar BOD dan COD
Menekan perkembangan mikroorganisme pathogen.
Dapat digunakan untuk kumbahan organik menjadi baja atau kompos