Tuesday, February 10, 2009

TEPUNG CACING / WORM POWDER

PENGEDAR DAN PENJUAL TEPUNG CACING (WORM POWDER) DIKEHENDAKI SEGERA.

Pihak kami juga menjual dan mengedar tepung cacing (worm powder) yang dikeluarkan oleh syarikat Data Research Sdn. Bhd. Harag promosi sedang menunggu anda jika anda membelinya atau menandatangani kontrak pembekalan minimum selama 1 tahun dengan kami.

Tepung cacing tanah adalah sangat berpotensi dijadikan sebagai bahan campuran utama yang mengandungi bahan protin yang sangat tinggi di dalam bahan makanan binatang ternakan, udang dan ikan. Berkaitan dengan potensi tepung cacing tanah sebagai bahan makanan sumber protein tinggi, manfaatannya sangat banyak seperti:

* a. Untuk bahan campuran di dalam pembuatan kosmetik, kerana ia mempunyai kandungan essential amino acid.*

*b. Sebagai makanan suplemen/tambahan kesihatan.

* c. Bahan ubat-ubatan terutama yang berkaitan dengan antibiotik.

* d. Sebagai bahan campuran di dalam makanan ternakan.


Komposisi nutrian Tepung cacing Lumbricus rubelius adalah seperti berikut:


* Protein Kasar : 60 - 72%

* Lemak : 7 - 10%

* Abu : 8 - 10%

* Energi :900 - 4100 kalori/gram.


Dengan memperhatikan komposisi nutriannya, maka amat sesuai digunakan di dalam industri pemakanan ikan ,tepung cacing tanah ini berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan campuran di dalam pemprosesan palet makanan ikan.


Seperti yang diketahui bahawa pertumbuhan dan tumbesaran ikan ternakan adalah sangat ditentukan oleh kandungan protin di dalam bahan makanannya. Selain protin, terdapat komposisi asid amino essential yang lengkap sehingga mempengaruhi pertumbuhan tumbesaran dan menghasilkan ikan atau ternakan yang cukup sihat serta tahan terhadap serangan penyakit yang merbahaya.


Keterangan lanjut sila hubungi kami dengan segera.

1 comment:

Unknown said...

saya amat memerlukan tepung cacing untuk tujuan penyelidikan makanan ikan di UTM.saya harap anda dapat bantu saya.saya mohon jika anda boleh bekalkan tepung cacing sila hubungi saya memalui emel (khai_azly_zahan@yahoo.co.uk) atau h/p saya 013-7144508.terima kasih